mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan 2 Suku 1 2021 – Norazilah Binti Norehan

norazilah

Nama            : Norazilah Binti Norehan

Umur             : 34 Tahun

Ahli                : Mei 2017

Perniagaan    : Jahitan Pakaian Dan Kraf

 

Latar belakang

Puan Norazilah menjahit dan menjual pelbagai jenis pakaian dan jahitan kraf.

 

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan 

Puan Norazilah adalah usahawan yang kerap belajar di sini sebelum ini untuk perniagaan begnya. Selepas pandemik jualan beg kurang mendapat sambutan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan 

Selepas pandemik ini, dia yang dulu fokus kepada jahitan beg telah mula mempelbagaikan jahitannya tidak terhad kepada beg sahaja tetapi juga jahitan kreatif yang lain. Dia kerap datang ke tempat ini untuk membuat cetakan pola untuk produk – produk terbarunya. Memandangkan di rumahnya capaian internet kurang baik dia juga kerap datang untuk menambah ilmu usahawannya dengan menyertai program usahawan di atas talian menerusi Zoom Meeting. Dia juga terpilih untuk membuka kedai online menerusi projek The Tunku Azizah Handmade Market di websitesewingworld.com.my.