USAHAWAN KANOPI
|
Nama : Shahrul Azuwan Bin Arifin Umur : 26 tahun Ahli : 2016 |
Latar Belakang
En. Shahrul Azuwan menjalankan perkhidmatan sewa kanopi di sekitar Raub , Bentong dan Kuala Lipis . Bermula secara kecil-kecilan dengan 6 set kanopi Arabian . Beliau telah menjalankan perniagaan ini selama 2 tahun .
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM2000-RM3000 sahaja sebulan pada permulaannya . Kurang aktif mempromosikan perkhidmatan di Blog , Facebook dan Instagram.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Beliau mengikuti kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh petugas PI Kampung Tat . Beliau telah memiliki Facebook page syarikat dan blog sendiri . Beliau menerima tempahan melalui medium Facebook dan melalui Whatsapp untuk membuat tempahan terus . Menjadikan pendapatan beliau semakin bertambah sekitar RM4000-RM6000 sebulan .
