mcmc
Kesihatan

Klinik Kesihatan Jeruas

Klinik Kesihatan Jeruas terdapat dua unit iaitu Klinik Ibu dan Anak dan Jabatan Pesakit Luar. Terdapat tiga Klinik Desa dibawah pengurusan Klinik Kesihatan Jeruas iaitu Klinik Desa Ulu Renggol, Klinik Desa Ulu Atok dan Klinik Desa Kuala Atok. Setiap Klinik Desa akan diselia oleh dua orang Jururawat Masyarakat.

 

Kakitangan seramai 27 orang termasuk seorang Pegawai Perubatan, 2 orang Pembantu Perubatan serta 3 orang Ketua Jururawat. Klinik ini menerima purata 600 hingga 700 pesakit dalam tempoh sebulan. Caj bayaran yang dikenakan ialah RM1.00 untuk seorang pesakit.