Orang – orang Pahang terutamanya penduduk Raub tahu ke yang Raub pun ada tarian zapin yang tersendiri? mesti ramai yang tidak tahu kewujudan seni tari Zapin Raub yang berasal dari Kampung Durian Sebatang , Dong , Raub ini .
Raub masih mempunyai seorang guru yang boleh mengajar Zapin Raub kepada generasi muda hari ini iaitu Tok Mezah ( Hamzah Alias ) untuk menyambung khazanah warisan satu – satunya zapin di Raub yang masih kekal hingga ke hari ini supaya ia tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas serta tidak hilang ditelan zaman.
Seni budaya yang hampir dilupakan Zapin Raub . Sebuah seni tari termasyor di Raub Pahang suatu masa dahulu sekitar tahun 1930an . Seni tari lemah gemalai dalam persembahan tari itulah tarian Zapin Raub yang sangat popular .