eRezeki merupakan program kerajaan Malaysia yang dijalankan oleh MDEC untuk memberi peluang mencari pendapatan tambahan secara digital . Anda berminat untuk mencari pekerjaan, nak buat belanja harian dan menambah pendapatan secara digital .
Sekiranya anda tidak pakar ICT tidak ada masalah , boleh hadir di pusat atau wakil eRezeki untuk latihan khusus buat warga Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas . Mulai Mei 2018 PI Kampung Tat telah dilantik menjadi wakil eRezeki untuk komuniti setempat mendapatkan latihan secara percuma.
