PEJABAT PERTANIAN SEGA
- Menilai, mengubahsuai serta merumus pakej teknologi daripada agensi/badan penyelidikan mengikut keadaan setempat dan seterusnya menyampaikannya kepada pengusaha-pengusaha pertanian.
- Memberi khidmat perundingan dan sokongan teknikal secara pakej kepada usahawan, swasta dan agensi pembangunan pertanian.
- Membangunkan Sumber Maklumat Tanaman Makanan dan Tanah untuk kegunaan perancangan dan pelaksanaan pembangunan sektor pertanian.
- Menjalankan latihan di Institut / Pusat Latihan Pertanian bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dalam sektor pertanian.
- Mengawalselia mutu bahan / benih tanaman Negara . http://www.doa.gov.my/home
PUSAT PERKHIDMATAN VETERINAR SEGA
- Pusat Perkhidmatan Veterinar Sega ialah memberikan khidmat teknikal untuk membangunkan industri penternakan serta merawat haiwan secara percuma. Pusat Perkhidmatan Veterinar Sega turut menyediakan bekalan baka kepada penternak.
- Diselia oleh seorang Penolong Pegawai Veterinar Encik Nik Nasir bin Nik Hussain, dibantu seorang pekerja am rendah dan seorang pemandu.
- Waktu Operasi :
Isnin-Jumaat : 8 pagi – 5 petang

Pusat Perkhidmatan Veterinar Sega
Sumber Penolong Pegawai Veterinar Encik Nik Nasir Nik Hussain
PEJABAT RISDA SEGA
- Mentadbir Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) yang ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.
- Mengurus dan mengendalikan sehingga berjaya rancangan-rancangan yang diluluskan di bawah peruntukan Bahagian III Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.
- Merancang dan melaksana segala pembaharuan penyelidikan dalam sektor pekebun kecil.
- Waktu Operasi
Isnin-Jumaat : 8.00 pagi – 5.00 petang
Rehat : 1.00 petang -2.00 petang
12.15 tengahari – 2.45 petang (Jumaat)

Pejabat Risda Sega

Tapak Semaian Pejabat Risda Sega
Sumber daripada Encik Wan Azrul
