Pastikan Jarak Sosial anda semasa di rumah sekiranya terdapat ahli keluarga yang bergejala.
Semua isi rumah perlulah melakukan disinfeksi pada permukaan yang kerap di sentuh.
Antara Langkah Jarak Sosial di Rumah yang boleh dilakukan jika terdapat ahli keluarga yang bergejala adalah :
1.Kerap basuh tangan dengan air sabun
2. Disinfeksi permukaan yang kerap disentuh
3. Tingkatkan aliran pengudaraan dengan membuka tingkap
4. Amalkan etika batuk dan bersin dengan betul
5. Ahli keluarga yang sakit disediakan bilik berasingan dan dijaga oleh penjaga yang sama
6. Pintu bilik pesakit hendaklah sentiasa ditutup
7. Pesakit dan penjaga hendaklah sentiasa memakai penutup hidung dan mulut
8. Perlu mengutamakan penjagaan ahli keluarga yang berumur 65 tahun ke atas dan
ahli keluarga yang berpenyakit kronik
