mcmc
Kesihatan

Awareness:Influenza

influenza

 

Baru-baru ini telah tular di media social dan media massa tentang kebimbangan orang ramai berkaitan penularan wabak Influenza A di Malaysia. Influeza yang lazimnya di kenali juga sebagai selesema merupakan satu jangkitan virus yang mudah berjangkit melalui titisan salur pernafasan yang dilepaskan oleh pesakit melalui batuk atau bersin. Virus influenza ini kerap bermutasi untuk mengadaptasi keadaan persekitaran, ubat dan antibodi badan. Jika dilihat tidak hairanlah sekiranya seseorang individu berulang ulang dijangkiti influenza.

Jika seseorang itu didapati dijangkiti influenza ini antara symptom-simptomnya adalah seperti demam, batuk,muntah, cirit-birit, sakit kepala, sukar bernafas dan kelesuan. Jika anda atau ahli keluarga didapati mengalami symptom-simptom tersebut, anda dinasihatkan untuk ke klinik atau hospital yang berhampiran untuk menjalani saringan influenza dan dapatkan rawatan yang sepatutnya.

Oleh itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menasihatkan orang ramai untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan influenza ini. Antara langkah yang perlu dilakukan orang ramai mestilah memakai penutup mulut dan hidung serta memastikan tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin serta mencuci tangan selepas batuk atau bersin.

Seterusnya, anda juga mestilah menghindari tempat awam dan sesak serta tidak menghantar anak ke pusat asuhan sekiranya terdapat kes influenza. Ibu bapa juga digalakkan untuk mendapatkan suntikan vaksin influenza untuk anak-anak mereka di klinik atau hospital yang berhampiran sebagai langkah pencegahan.Oleh itu, orang ramai mestilah menjaga kesihatan dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengurangkan wabak influenza ini.