Pada hari ini, kita semua sedang berhadapan dengan situasi yang agak membimbangkan berikutan penularan jangkitan COVID-19. Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mengawal penularan wabak ini, kita masih berdepan dengan peningkatan kes COVID-19. Pada 11 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan penularan wabak COVID-19 sebagai pandemik kerana terdapat peningkatan kes yang ketara di seluruh dunia.
Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi mengatasi wabak COVID-19 ini iaitu:
1. Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).
2. Semasa dalam tempoh lawatan ke tempat-tempat yang berlaku wabak ini (jika perjalanan tidak dapat dielakkan):
i. Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer).
ii. Elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu bergejala.
iii. Elakkan dari melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan.
iv. Elakkan dari memakan sebarang produk haiwan mentah/tidak dimasak dengan sempurna.
3. Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit (iaitu mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas ) dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan tersebut. Begitu juga maklumkan mengenai sejarah perjalanan berkenaan kepada doktor yang merawat.
