Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan mereka yang telah menghadiri “ijtimak tabligh” di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur dari 28 Feb hingga 1 Mac 2020 untuk segera menghubungi pejabat kesihatan daerah bagi membendung penularan jangkitan COVID-19. Mereka boleh menghubungi CPRC hotline atau Pejabat Kesihatan Daerah. Mohon semua untuk memberikan kerjasama bagi mencegah penularan jangkitan COVID-19. Di Malaysia setakat 15 Mac 2020 virus COVID – 19 ini semakin meningkat iaitu sebanyak 428 kes keseluruhan termasuk 42 yang telah sembuh.
