Virus Novel Korona atau dikenali juga sebagai Corona Virus (nCoV) merupakan sejenis virus spesies baru yang belum pernah lagi ditemui oleh manusia termasuklah ketiadaan ubat dan vaksin yang mampu merawat penyakit akibat virus ini. Virus ini mula dikesan di daerah Wuhan,China. Mengikut kenyataan US Centres for Disease Control and Prevention (CDC) virus ini bersifat zoonotik yang mna ianya merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus, bakteria atau parasit yang merebak dari haiwan kepada manusia.
Penyebaran Virus Novel Korona ini adalah berpunca dari haiwan dan dipindahkan kepada manusia dimana ianya bermula dari pasar basah yang menjual pelbagai jenis daging dan binatang hidup dari pelbagai jenis haiwan. Jika seseorang didapati dijangkiti virus ini antara tanda awalnya ianya akan mengakibatkan jangkitan pada saluran pernafasan dan ianya hanya kelihatan seperti flu selsema yang biasa. Selain itu, seseorang itu yang dijangkiti virus ini adalah seperti batuk, sakit kepala selama beberapa hari serta akan mengalami symptom kegagalan buah pinggang bagi yang kronik. Paling mudah dijangkiti virus ini adalah mereka yang mempunyai antibodi yang lemah seperti bayi, kanak-kanak serta orang tua.
Antara langkah yang disarankan oleh World Health Organization (WHO) bagi mencegah virus ini adalah orang ramai perlu memakai penutup mulut di luar rumah dan di tempat terbuka untuk mengelakkan penularan wabak dari mereka yang telah dijangkiti. Orang ramai juga digalakkan untuk masak telur dan daging secara sempurna serta mengelakkan makan secara mentah. Selain itu, bagi mereka yang mengalami selsema dan demam perlulah menutup mulut dan hidung ketika bersin dan batuk. Jika terdapat individu atau orang sekeliling yang mempunyai tanda atau symptom virus ini perlulah segera ke hospital dan mestilah mengelakkan diri dari bersentuhan dengan orang lain bagi mengawal virus ini.
