MASJID JAMEK KAMPUNG SEGA TAT
Masjid Jamek Kampung Sega terletak di tepi jalan raya utama dan merupakan satu masjid utama yang digunakan oleh penduduk kawasan Sega :
Tempat solat berjemaah
Solat Jumaat, Solat Aidil Adha, Solat Hari Raya Aidilfitri
Mengadakan ceramah, majlis-majlis ilmu
Bacaan Yasin, Doa selamat
SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA MASJID JAMEK SEGA TAT
|
BIL. |
NAMA |
JAWATAN |
|
1. |
En. Mohd Zuki bin Mohd Nor |
Pengerusi |
|
2. |
En. Adnan bin Ibrahim |
Naib Pengerusi |
|
3. |
En. Mohd Razif bin Ahmad |
Setiausaha |
|
4. |
En. Syed Sulaiman bin Syed Ab. Rahman |
Bendahari |
|
5. |
En. Kamarudin bin Bakar |
Imam 1 |
|
6. |
En. Othman bin Mat Tabar |
Imam 2 |
|
7. |
En. Yunus bin Jabar |
Bilal 1 |
|
8. |
En. Zahari bin Abu Hassan |
Bilal 2 |
|
9. |
En. Abdul Rahim bin Omar Baki |
Siak 1 |
|
10. |
En. Mohd Ros bin Isa |
Ahli Jawatankuasa |
|
11. |
En. Rusdi bin Yunus |
Ahli Jawatankuasa |
|
12. |
En. Mat Salleh bin Yunus |
Ahli Jawatankuasa |
|
13. |
En. Satar bin Mat Tabar |
Ahli Jawatankuasa |
|
14. |
En. Ahmad Rashid bin Othman |
Ahli Jawatankuasa |
BALAIRAYA SEGA TAT
Balairaya ini terletak di dalam kawasan Kampung Sega Tat dan merupakan tempat di mana penduduk menggunakan balairaya ini sebagai tempat menjalankan aktiviti-aktiviti yang dilakukan penduduk setempat seperti tempat mesyuarat, mengadakan majlis jamuan, aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong dan sebagainya.
Mesyuarat JKKK
Mesyuarat RELA
Jamuan Makan
Perjumpaan penduduk
Tempat mesyuarat
Tempat perjumpaan penduduk kampung

BALAI PENGHULU
Balai penghulu ini terletak bersebelahan dengan Balairaya Sega Tat di tepi jalan raya utama dan mudah ditemui. Balai penghulu ini untuk penduduk Mukim Sega 1, Daerah Raub. Tempat rujukan bagi penduduk Mukim Sega maklumat berkaitan bagi Mukim Sega 1 .
Pemangku Penghulu Mukim Sega 1 : Encik Wan Azrul Haikal bin Dato’ Wan Hanuar
PERPUSTAKAAN AWAM
Perpustakaan Desa Jeruas diselia oleh Puan Salizan binti Sidek . Antara perkhidmatan yang disediakan ialah menyediakan pelbagai bahan bacaan, pinjaman buku dan perkhidmatan fotostat .
Keahlian adalah percuma bagi menggalakkan tabiat membaca dikalangan penduduk setempat. Jumlah ahli semasa bagi perpustakaan ini ialah seramai 251 orang kanak-kanak, 146 orang belia dan 350 orang dewasa menjadikan jumlah ahli berdaftar seramai 747 orang secara keseluruhannya .

PADANG BOLA AWAM
Kampung Sega Tat juga mempunyai kemudahan asas seperti padang bola awam. Penduduk setempat boleh meluangkan masa mereka dengan aktiviti sukan bola sepak, olahraga, sukan tahunan, bola jaring dan sebagainya tidak kira usia seperti kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.
Padang ini digunakan hampir setiap hari untuk bermain bola sepak. Padang ini terletak di dalam kawasan Kampung Sega Tat iaitu di seberang jalan berhadapan dengan Pusat Perkhidmatan Veterinar dan Pejabat Pos Sega.
Bermain bola sepak
Olahraga
Sukan Tahunan
Bola Jaring
Ceramah terbuka
Terdapat pentas utama


PONDOK BAS
Terdapat kemudahan asas seperti pondok bas di laluan utama untuk penduduk kampung menggunakan kenderaan awam. Selain itu, pondok bas ini sering digunakan oleh pelajar sekolah sebagai tempat menunggu bas.


PEJABAT POS
Pejabat Pos Sega berfungsi seperti pejabat-pejabat pos yang lain. Diselia oleh seorang Pembantu Pegawai Pos Puan Nadiah .

