mcmc
Keusahawanan

Keusahawanan

RUMAH INAP ( HOMESTAY ) mewah kepunyaan Encik Mazlan bin Mansor yang terletak di Kampung Sega Tat. Homestay ini kebiasaannya ditempah oleh rombongan pengantin apabila menghadiri majlis perkhawinan khususnya ketika musim cuti persekolahan. Dilengkapi dengan segala kemudahan dengan tiga bilik tidur serta tiga bilik air. 

.

Terdapat kedai runcit yang menjual barang keperluan asas untuk masyarakat setempat

Gerai makan yang bersebelahan tapak Pekan Sehari ada menyediakan sarapan pagi dan nasi berlauk sebagai makanan tengahari. Gerai makan ini juga biasanya menerima tempahan makanan dan minuman untuk sebarang aktiviti JKKK di Balai Raya.

Pekan Sehari Sega Tat merupakan pasar yang menjual pelbagai produk seperti sayur-sayuran, ikan, ayam, kuih-muih dan sebagainya. Biasanya beroperasi pada pukul 7 pagi hingga 9 pagi setiap hari Selasa. Disinilah peniaga-peniaga kecil dari kalangan penduduk setempat menjual produk-produk mereka.