BELAJAR MUZIK DAN SLIDE PRESENTATION
|
Nama : Mohd Syahmi Bin Mohd Jailani Umur : 18 tahun Ahli : 2013 |
Latar Belakang
Mohd Syahmi merupakan pelajar lelaki bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dong . Beliau mempunyai minat untuk mempelajari muzik Beatbox.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Mohd Syahmi kurang pengetahuan ICT telah menerima tugasan sekolah untuk menyiapkan kertas kerja , slide presentation dan ingin mempelajari muzik tetapi tiada guru yang boleh mengajarnya .
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Beliau diberi tunjuk ajar oleh petugas PI untuk melayari internet supaya beliau boleh belajar sendiri muzik diminatinya . Sejak itu beliau mencari sendiri alunan muzik Beatbox di Youtube. Beliau boleh membuat kerja kursus, membuat slide, nota pelajaran dan juga mempelajari Beatbox sebagai hobi yang dipelajarinya berbulan lamanya . Banyak bunyian Beatbox yang beliau dapat hasilkan sehingga dipilih untuk membuat persembahan Beatbox sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah tahun 2016 di sekolahnya .
