BELAJAR INTERNET DAN MEMBACA
|
Nama : Muhammad Badrul Hakim Bin Mohd Suhaimi Umur : 11 tahun Ahli : 2016 |
Latar Belakang
Beliau seorang pelajar lelaki bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sega . Beliau mempunyai masalah lambat pembelajaran dalam pembacaan. Beliau mengenal huruf tapi tidak tahu membaca.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Tidak ada pengetahuan ICT menggunakan mouse , tidak mengenal komponen komputer dan tidak tahu bagaimana internet boleh meningkatkan tahap pembelajaran ke arah lebih baik .
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Beliau dibantu oleh petugas PI mencari video mengenal sukukata di Youtube bagi membantunya untuk boleh membaca . Video mengenal sukukata di internet lebih menarik, mudah dibaca, mudah dipelajari. Pada awalnya agak susah bagi beliau untuk menyambung suku kata, setelah menonton berulang kali beliau menjadi semakin mahir. Kini beliau telah boleh menyambungkan 2 suku kata dan boleh membaca seperti rakan – rakannya yang lain . Kini beliau boleh menggunakan internet , mouse dan enjin carian google .
