|
Nama : Bibi Sumayya Khan binti Sher Ali Umur : 6 Tahun Ahli : Ogos 2019 |
Latar belakang
Adik Bibi merupakan pelajar Tabika KEMAS Jeram Besu. Dia selalu mengikuti kelas komputer bersama rakan – rakan yang lain di PI Kampung Tat apabila di bawa oleh gurunya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awal gurunya membawa dia ke sini, adik Bibi langsung tiada pengetahuan tentang komputer dan internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas beberapa kali di bawa oleh gurunya ke PI Kampung Tat, adik Bibi semakin mahir menggunakan mouse dalam permainan puzzle dan mewarna online, dia juga pandai menaip, mengenal perkakasan komputer serta bermain permainan pendidikan.
