mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan 1 Suku 1 2021 – Fatimah Binti Hashim

fatimah-hashim

Nama            : Fatimah Binti Hashim

Umur             : 59 tahun

Ahli                : Mac 2021

Perniagaan   : Kraftangan

 

Latar belakang

Puan Fatimah menjahit dan menjual pelbagai jenis kraftangan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Puan Fatimah terpilih untuk memasukkan produknya ke dalam website ‘sewingworld.com.my’ di bawah inisiatif The Tunku Azizah Handmade Market di website tersebut. Namun dia tidak mendapat panduan yang sepatutnya dari penganjur. Dia berkunjung ke PIK Kampung Tat untuk mendapatkan tunjuk ajar.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Dia mula belajar membuka kedai di platform sewingworld.com.my di bawah inisiatif The Tunku Azizah Handmade Market. Dia belajar memasukkan gambar produk dan mencipta profil kedai. Dia juga belajar membuat ‘link’ Whatsapp bagi memudahkan pelanggan menghubunginya. Terkini dia belajar untuk menjadi ‘Content Creator’.