|
Nama : Siti Salmiah binti Jab Umur : 41 tahun Ahli : Disember 2016 Perniagaan : Produk Sulaman Mesin. |
Latar belakang
Puan Siti Salmiah seorang suri rumah tangga dan mula menceburi bidang perniagaan sulaman bermula tahun 2019 selepas mendapat bantuan mesin sulaman.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan
Puan Siti Salmiah menggunakan Whatsapp sebagai platform untuk bersosial. Tiada pendapatan yang di jana melalui Whatsapp dan media sosial yang lain. Puan Siti Salmah juga tiada banyak pattern sulaman yang menarik kerana bergantung kepada pattern asas sahaja.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan
Puan Siti Salmiah pada awalnya membeli pattern sulaman melalui emel kerana tidak tahu memuat turun pattern dari kumpulan Telegram mahupun Facebook yang diikutinya. Setelah berkunjung ke sini dia belajar memuat turun pattern sulaman dari kumpulan di Telegram dan Facebook yang disertainya. Dia dapat mempelbagaikan pattern sulaman dan mampu menambah tempahan. Dia juga di ajar cara membeli pattern sulaman dari laman web.
