USAHAWAN DROPSHIP
|
Nama : Asiah Binti Osman Umur : 62 tahun Ahli : 2014 |
Latar Belakang
Puan Asiah merupakan seorang warga emas surirumah sepenuh masa yang menjadi usahawan dropship di daerah Raub .
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Beliau ingin menggunakan internet sebagai sumber menambah pendapatan selain memudahkan komunikasi bersama saudara dan kenalan baru . Seterusnya , beliau tidak pandai menggunakan komponan komputer dan kerap datang ke PI untuk bertanya mengenai aplikasi smartphone miliknya .
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Semasa memulakan perniagaan atas talian , beliau dibimbing oleh petugas PI dan kenalan di Facebook yang menjalankan perniagaan yang sama . Beliau berbincang melalui penubuhan kumpulan di Whatsaap . Setiap kali ingin mengemaskini status mempromosi produk di Facebook , beliau harus memaklumkan kepada kumpulan Whatsaap tersebut supaya mereka boleh memberi komen yang membina supaya ianya menarik minat individu lain di Facebook untuk mencubanya supaya di komen nampak ‘havoc’ .
