USAHAWAN DROPSHIP
|
Nama : Jamilah Binti Mat Noh Umur : 68 tahun Ahli : 2014 |
Latar Belakang
Puan Jamilah merupakan seorang pesara menjadi surirumah sepenuh masa menjadi usahawan dropship di daerah Raub .
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Petugas PI mengajar saya membuka akaun Facebook . Saya mempunyai kenalan yang berniaga secara online dengan itu timbul minat untuk menceburi bidang perniagaan secara online ini yang saya rasakan ianya mudah dilakukan dengan apa yang dipelajari di PI .
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Pada permulaannya , beliau menggunakan Facebook hanya untuk mencari kenalan lama , saudara mara dan memudahkan komunikasi jarak jauh bersama mereka . Ada kenalan Facebook yang mengajak beliau untuk meniaga produk kesihatan secara online . Beliau diberikan penerangan , bimbingan dan percubaan untuk menggunakan produk melalui kumpulan yang ditubuhkan di Facebook . Ahli kumpulan yang lebih berpengalaman berkongsi cara teknik mempromosi produk secara berkesan , mudah dan cepat kerana setiap keterangan produk telah diberikan hanya salin dan tampal di Facebook .
