mcmc
Rekreasi & Pelancongan

Kompleks Pelancongan Kampung Peruas

Ingin beriadah?berkelah?bersantai? Mandi – manda di air sungai yang sejuk? Anda sedang tercari – cari tempat rekreasi yang tenang dan mengujakan? Mahu menghabiskan masa bersama keluarga mahupun rakan – rakan serta penginapan yang damai ditemani deruman air sungai dan kicauan unggas?

Jika berkunjung ke daerah Raub, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Kampung Peruas, Ulu Dong. Disinilah terletaknya Pulau Chekas dan Lata Jarum – Dua pusat rekreasi air terkenal di daerabh Raub.

Destinasi menarik di Raub Kampung Peruas di Ulu Dong 36KM dari bandar Raub . Air terjun yang memukau , suasana kampung yang tenang dan keindahan alam semulajadi . Kompleks Kampung Peruas Chalet  suasana desa milik JKKK Kampung Peruas . Kemudahan penginapan yang selesa , penghasilan madu kelulut , melihat ternakan madu kelulut . Di sinilah antara destinasi wajib kunjung di daerah raub .