Tarikh : 17 Feb 2017 Masa : 9.30 pagi – 1.30 petang Lokasi : PI Kampung Tat Peserta : 20 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 20 orang belia CCRC Raub . Tujuan kelas ICT ini diadakan bagi memperkenalkan program Dashboard Komuniti yang dijalankan di PI . Turut diberikan kursus asas komputer , mengenali komponen komputer , belajar asas ICT untuk menaip , pengenalan penggunaan internet dan latihan keusahawanan kepada golongan belia .
Aktiviti
Peserta diberikan taklimat berkaitan PI serta faedah menggunakan Dashboard Komuniti . Seterusnya , peserta diberikan penerangan Klik Dengan Bijak sebelum memulakan sesi penggunaan internet .Turut diberikan penerangan asas komputer , penggunaan internet dan latihan keusahawanan menaip surat pinjaman serta sesi soal – jawab.