Tarikh : 12 Jan 2017 Masa : 2.30 petang – 5.30 petang Lokasi : Balairaya Kampung Chenua Peserta : 12 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 12 orang wanita Kampung Chenua yang terdiri daripada usahawan dan surirumah . Tujuan kelas ICT ini diadakan bagi memberi kursus asas komputer , mengenali komponen komputer dan belajar asas ICT untuk menaip dan pengenalan penggunaan internet secara waspada , bijaksana dan Klik Dengan Bijak .
Aktiviti
Peserta diberikan netbook dimulakan dengan pengenalan asas penggunaan komputer . Seterusnya peserta diberikan taklimat Klik Dengan Bijak dalam penggunaan internet secara berhemah . Selain itu , peserta menaip surat rasmi bagi mempraktikkan kemahiran ICT yang telah diajar .