Tapak Pekan Sehari Sega terletak di laluan jalan utama Raub – Kuala Lipis . Dibuka seawal jam 6:00 pagi sehingga 9:00 pagi . Usahawan yang berniaga di sini adalah penduduk dari sekitar Mukim Sega , Daerah Raub dan Daerah Kuala Lipis . Pelbagai makanan , kuih tradisional , pakaian , perkakasan rumah , produk kesihatan , barang basah dan kering ada dijual di sini memudahkan penduduk sekitar untuk mencari keperluan setiap minggu pada hari Selasa .
Usahawan menjual perkakasan rumah serta barangan elektrik

Disini juga terdapat pakaian yang dijual dengan harga murah .

Usahawan ni berasal dari Kampung Chat , Budu menjual pakaian serendah RM 5

Barangan basah seperti Ikan Kembong , Sotong , Udang juga terdapat di sini .

Sekitar kawasan Tapak Pekan Sehari Sega

Produk kecantikan , kesihatan , pemakanan sihat juga ada di sini .

Berhadapan Tapak Pekan Sehari Sega terdapat gerai makanan yang mengambil tempahan katering , juga menjual makanan , minuman , kuih muih . Usahawan dari Kampung Sega Tat .
