mcmc
Maklumat Pi1M

PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASlONAL (NADI)

SELAMAT DATANG KE PUSAT EKONOMI DIGITAL  (PEDi)

Pusat Ekonomi Digital  (PEDi) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

OBJEKTIF PENUBUHAN :

 
Memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan .
 
Memberikan pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet .
 
Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi).
 
Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan pelan Jalur Lebar Kebangsaan . 
 
 
 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

 

PEDi Kampung Tat menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :

Pengenalan asas komputer 

Asas internet 

Aplikasi elektronik (E-kerajaan, E-pembelajaran, E-dagang)

Destop Publishing seperti Microsoft Office 

Latihan Keusahawanan

 
 
 

JUMLAH KEAHLIAN :

 
PEDi Kampung Tat telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2013 . Ramai telah mendaftar diri dengan PEDi Kampung Tat bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sediakan . Jumlah ahli sehingga kini adalah : 
 

AHLI LAMA

1245

AHLI BARU BULAN JANUARI 2026

26

JUMLAH KESELURUHAN SEHINGGA

31 JANUARI 2026

3049

KENALI PETUGAS PEDi  :

 

Untuk menjadi petugas PEDi, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas PEDi untuk menunaikan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami :

 

PENGURUS

  

Rossiela Sofia binti Talib

Mula berkhidmat : 02 Oktober 2013

 

PENOLONG PENGURUS

 Nur ‘ Alia Asyiekein Binti Zulkefley

                                                  Mula Berkhidmat : 6 Januari 2020