Sate Pak Harun ini sate yang terkenal di daerah Raub . Lebih dikenali dengan Sate Obama kerana telah dimakan oleh Presiden Amerika Syarikat . Sering mendapat tempahan dari Istana Negeri Pahang dan Perdana Menteri Malaysia juga sudah merasainya . Pada bulan puasa sate Pak Harun beroperasi di Bazar Ramadan Raub .
Kedainya berhadapan dengan Hospital Daerah Raub . Keunikan sate Pak Harun kuahnya pekat , menggunakan lidi tradisional dan daging satenya amat besar . Memproses sate di kediaman Pak Harun yang terletak di Sungai Pasu .


Pak Harun membakar Sate di Bazar Ramadan Raub
