Kampung Sega Tat merupakan salah sebuah daripada 11 buah kampung yang terdapat di Mukim Sega dalam Daerah Raub, Pahang. Menurut sumber yang boleh dipercayai, nama Kampung Sega Tat diperolehi daripada nama sejenis rotan iaitu rotan sega yang banyak terdapat di kawasan tersebut.
Nama Kampung Sega dipercayai mula digunakan sekitar Tahun 1832 apabila seorang pencari rotan menemui satu kawasan yang terlalu banyak ditumbuhi oleh rotan sega. Individu tersebut dikenali sebagai Manah binti Kitam yang berasal dari Kampung Gaal, Temerloh.
Beliau sampai ke kawasan tersebut apabila berkahwin dengan pemuda tempatan.Bermula daripada peristiwa tersebut, maka nama kawasan itu telah dikenali sebagai Kampung Sega Tat sehingga kini.
