mcmc
Galeri

UTAMA

Pengguna digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli PI bagi menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Tiada bayaran akan dikenakan ke atas ahli untuk setiap program latihan yang disediakan. Anda dinasihatkan untuk berhubung dengan pengurus PI yang berhampiran untuk keterangan lanjut.

Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar,kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan faks, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus.